Jumaat, 12 Julai 2013

Resepi Biskut Chocolate Chip

Biskut Chocolate Chip


  • Penyediaan : 15 minit 
  •  Memasak: 15 minit
  • 30 Minit Masa keseluruhan
  • Jumlah Hidangan: 4

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan brown sugar
  • 2 biji telur
  • 2 sudu esen vanila
  • 3 cawan tepung (plain flour)
  • 2 sudu tehbaking soda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 cawan semi sweet chocolate chips

Cara Membuat:

  1. Panaskan oven ke suhu 170C.
  2. Pukul mentega, gula kastor dan gulap perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
  3. Masukkan baking soda, garam dan chocolate chips. Kacau sebati.
  4. Gunakan ais krim scoop (ataupon sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
  5. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.
Tips: Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.

Resepi Biskut Kacang

Biskut Kacang

Resepi Kuih Kacang, Resepi Kuih Raya yang menjadi tradisi dan kegemaran ramai di Hari Raya. Mudah disediakan dan hanya menggunakan beberapa bahan asas sahaja. 
  • Penyediaan : 20
  • Memasak : 20
  • 40 Minit Masa keseluruhan
  • Jumlah Hidangan: 24

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan serbuk kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 cawan gula halus
  • minyak jagung daisy atau minyak mazola, secukupnya
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji kuning telur, untuk hiasan

Cara Caranya :

  1. Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah,gula halus dan garam hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut dan boleh dibentuk.
  2. Canai adunan setebal 1 cm dan terapkan dengan acuan bulat.
  3. Susun dalam dulang yang digris dgn mentega atau dilapik dengan baking paper. Sapukan dengan kuning telur di permukaan biskut dan bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit atau sehingga kekuningan.
Tips: Untuk mendapat serbuk kacang tanah yang halus, goreng tanpa minyak sehingga kacang menjadi rangup dan buang kulit sebelum dikisar halus. Boleh juga hiaskan bahagian atas biskut dengan kacang.

Khamis, 11 Julai 2013

Resepi Biskut Cerelac




RESEPI BISKUT CERELAC

Bahan-bahan

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 bungkus tepung kanji (starch/tepung ubi kayu) = 400g
  • 1 cwn setengah gula halus
  • 1 buku butter = 250g
  • 500gm minyak masak sapi
  • Susu Nespray
  • Untuk salut luar biskut:  1 cawan Nestum Beras Cerelac (tin warna biru) + 1/2 cawan susu nespray (gaulkan)

Cara-cara:

  1. Campurkan minyak sapi dan butter dan gula halus dan pukul hingga kembang.
  2. Ayak tepung gandum dan tepung kanji.
  3. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaulkan ke dalam minyak sapi dan butter tadi, gaul hingga lembut.
  4. Canai dan terap dgn acuan yg dikendendaki (biasa kat Sabah guna acuan bentuk bunga tuh)
  5. Bakar dalam over macam biskut biasa.
  6. Bila dah masak, gaulkan biskut dengan Nestum cerelac beras + susu nespray itu tadi.  
  • Bila adunan terlalu keras tambahkan minyak sapi, kalau terlalu lembut tambahkan tepung.
    SELAMAT MENCUBA

Biskut Makmur

Biskut Makmur


Bahan-bahan ( 1 Balang saiz sederhana )

  • Tepung Gandum ( 1 kg )
  • Minyak Sapi Tulen ( Ikut lembut adunan )
  • Kacang Tanah ( Di goreng tanpa minyak )
  • Telur ( 3 Biji )
  • Gula Aising

Cara-cara

  1. Panaskan tepung dalam kuali. Kaedah ini dilakukan supaya biskut yg dibuat nanti tidak melekat di lelangit apabila dimakan.
  2. Ayak tepung sebentar tadi,supaya tiada ketulan kecil.
  3. Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulitnya.
  4. Kacang tanah yang sudah dibuang kulitnya dikisar halus.
  5. Cairkan minyak sapi
  6. Gaul tepung gandum bersama kacang tanah, telur dan minyak sapi sehingga sebati.
  7. Apabila adunan suda sebati dan sesuai untuk dibulatkan. Bolehlah mula membulat adunan kecil-kecil sedikit demi sedikit.
  8. Setelah siap,bolehlah dimasukkan kedalam ketuhar untuk dimasak.
  9. Biskut yang suda masak, bolehlah digulingkan kedalam gula aising.
  10. Siap untuk dimakan.

Rabu, 10 Julai 2013

Resepi Almond London


Bahan-Bahan:
  • 1 biji telur kuning
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar tepung susu
  • 80 gram gula perang
  • 250 gram mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila 50 gram cornflakes kisar
  • 150 gram nestum halus
  • 500 gram tepung gandum
  • Coklat masak bittersweet (jika ada)
  • Badam biji (saiz sederhana)
  • Badam cincang
  • Paper cup (mengikut citarasa)
  • Minyak jagung (2 sudu besar untuk setiap 500 gram coklat)
Cara caranya:
  1. Kembangkan gula, mentega dan telur
  2. Masukkan esen vanila, tepung susu dan madu.
  3. Adun bersama nestum dan cornflakes
  4. Menggunakan tangan, masukkan tepung dan gaul hingga sebati
  5. Kepal bersama badam biji sebaik siap digaul. (jgn dibiarkan lama)
  6. Bakar selama 20min pada 180 C
  7. Biarkan sejuk, simpan dlm bekas kedap udara.
  8. Untuk celup, panaskan 'double boiling' dan masukkan minyak jagung.
  9. Celup biskut, masukkan dlm paper cup dan tabur badam cincang.
Cadangan Hidangan:
Sesuai dijadikan hidangan dimusim perayaan dan jamuan ringan.
Tambahan:
1. Biskut yg telah dicelup dinasihatkan tidak disejukkan didlm peti sejuk
2. Biskut dinasihatkan disediakan dgn byk sebelum mencelup kerana membuat biskut dan mencelup adalah perkara yg berlainan.

Resepi Biskut Batang Buruk




Bahan-bahan:

  • 600 gram tepung gandum
  • 300 gram tepung beras
  • 1 biji santan kelapa
  • 600 gram kacang hijau
  • 400 gram gula (kisar)
  • 3 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan:

  1. Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
  2. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.
  3. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
  4. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang.
  5. Potong kecil dan goreng.
  6. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

Resepi Biskut Tart Nenas



Resepi Biskut Tart Nenas 

Bahan bahan

  • 300 gm Tepung Gandum
  • 4 sudu besar Tepung Jagung
  • 3 sudu besar gula ising
  • 200 gm Butter
  • 2 kuning telur                                                                     
Cara cara

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas.
  2. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.
  3. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
  4. Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method).
  5. Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
  6. Masukan sedikit inti, bentuk seperti bentuk nenas , gunting pada permukaan nya seperti sisik ikan
  7. Atur di atas dulang pembakar yang di sapu sedikit dengan butter
  8. Bakar 180c selama 15-20 minit atau sehingga cantik masaknya
  9. butter tu dlm suhu biasa saja

Resepi Biskut Daisy

Resepi Biskut Daisy


Bahan-Bahan yang diperlukan:

Bahan topping:

  • 160 gm mentega
  • 160 gm tepung gandum
  • 60 gm gula aising
  • 60 gm tepung gandum
  • 2 sudu kecil pes strawberi 250 gm mentega
  • 60 gm gula aising
  • 220 gm tepung gandum
  • 240 gm tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung dan gaul sebati hingga manjadi doh. Canai dan terap.
3. Untuk topping, pukul mentega dan gula hingga sebati.
4. Masukkan pes strawberi dan tepung.
5. Uli hingga menjadi doh lembut.
6. Masukkan ke dalam nozel dan picitkan ke atas doh yang sudah diterap tadi.